Wan Muhammad Hazzim Wan Muhammad Zulkifli, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Dol Said di sini berjaya menewaskan peserta dari seluruh dunia menerusi pertandingan “Iridescent Artwork” iaitu mencipta logo bagi edisi kelima siri filem blockbuster Hollywood – “Transformer”. Beliau berkata, logo tersebut adalah sebagai latarbelakang ‘soundtrack’ filem “Transformers: Dark Of The Moon” yang dinyanyikan oleh kumpulan Linkin Park. Katanya, proses menyiapkan logo tersebut hanya memakan masa selama setengah hari dan kemenangan itu merupakan satu kebanggaan bagi diri dan keluarganya.
Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui hadiah yang bakal dimenanginya kerana belum dihubungi oleh penganjur bagi ganjaran itu.Filem Transformers arahan Michael Bay itu bakal menemui penonton tidak lama lagi dan ianya sekaligus meletakkan nama anak Malaysia sebagai salah seorang individu yang terlibat. Hasil logo tersebut akan dibawa bersama sepanjang siri konsert jelajah Linkin Park di Moscow sebagai latar kepada ‘soundtrack’ konsert tersebut.
No comments:
Post a Comment