Thursday, June 30, 2011

Wireless City Selangor


Wireless City Selangor ialah kemudahan akses internet percuma kepada rakyat. Kemudahan dimulakan di pusat bandar Shah Alam dan diperluaskan ke lokasi awam lain secara berperingkat. Wireless City Selangor telah dilancarkan pada 10 April 2010 bertempat di Medan Selera Prima 2, Seksyen 2, Shah Alam.
Lokasi isyarat (Signal) Wireless City Selangor :
  • Seksyen 2, Shah Alam
  • Seksyen 3, Shah Alam
  • Seksyen 9, Shah Alam
  • Kompleks PKNS, Shah Alam
  • Dataran Shah Alam
  • Medan Selera Bandar Utama, Batang Kali
  • Restoran Fazlina Maju, Kuala Kubu Baru
Cara sambungan ke internet meggunakan Wireless City Selangor :
*Sebagai contoh, katakan anda berada di kawasan menara jam Dataran Shah Alam dan ingin melayari internet menggunakan komputer riba atau telefon pintar. Berikut cara membuat sambungan kali pertama :-
1. Pastikan komputer atau telefon menerima isyarat Wireless City Selangor. Seterusnya sambungkan kepada isyarat tersebut.

Pilih Signal
2. Buka Browser dan mula menaip sebarang alamat laman web, contohnya www.selangor.gov.my
Buka Broser dan mula menaip url
3. Laman web yang dicari tidak akan dibuka serta merta, tetapi akan dipaparkan Skrin pendaftaran pengguna Wireless City Selangor. Ini membolehkan anda mencipta Username dan Password untuk Log Masuk.

Skrin utama Wireless City Selangor
4. Lengkapkan maklumat pendaftaran dan Klik "Create My Account"
Skrin pendaftaran
5. Pendaftaran yang berjaya akan dipaparkan Skrin berikut dan meminta anda Log Masuk atau login untuk terus melayari Internet

Pendaftaran berjaya
6. Skrin Login. Masukkan Username dan Password yang anda telah cipta, kemudian Klik Login

Skrin Login
7. Anda boleh mula melayari laman web dengan percuma selama 30 minit. Masa penggunaan akan dipaparkan untuk rujukan.
Browse percuma

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...