Sunday, June 26, 2011

Berhenti Sebentar. Jom Baca!

Kempen menerapkan semangat kesukaan membaca semakin hari semakin bercambah di Malaysia. Pelbagai kempen dianjurkan bagi menerapkan semangat sukakan buku dan menjadikan minat membaca sebagai sesuatu yang hebat.

Semua pihak kini giat melaksanakan pelbagai program bagi menyebarkan semangat cintakan buku melalui pelbagai program yang dianjurkan. Kerajaan Negeri Selangor juga tidak melepaskan peluang mempromosikan semangat membaca ini dengan menganjurkan kempen '15 Min Reading Break'.

Negeri Selangor buat julung kalinya menjadikan amalan membaca selama 15 minit sebagai saat yang bernilai kepada seluruh rakyat di Malaysia terutamanya di negeri Selangor. Dipetik daripada www.pestabukuselangor.com menjelaskan kempen membaca ini akan diadakan serentak di seluruh negeri Selangor Darul Ehsan.

Kempen ini disasarkan diadakan pada jam 10.45 pagi hingga jam 11 pagi pada Ahad, 26 Jun 2011 ini. Melalui kempen ini, seluruh warga selangor dimohon berhenti sebentar daripada melakukan apa sahaja bagi membaca pada masa yang tarikh yang ditetapkan.

Melalui slogan "Berhenti Sebentar. Jom Baca!" ini akan dilaksanakan pada 26 Jun ini di seluruh negeri Selangor. Tuan dan puan juga boleh menyertai kempen membaca ini dengan melayari www. pestabukuselangor.com.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...