Semangat membaca dalam kalangan masyarakat di Malaysia kini semakin meriah dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Tahun ini kerajaan negeri Selangor sekali lagi membawakan Hari Ilmu dan Pesta Buku Selangor bagi memeriahkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Sebagai maklumat, Hari Ilmu diadakan sebagai inisiatif bagi meneruskan usaha-usaha merangsang dan mempromosikan budaya membaca dalam kalangan rakyat Selangor.
Kali ini Pesta Buku Selangor yang sudah kali ke-6 diadakan ini berpindah lokasi dari kimpleks PKNS Shah Alam ke Pusat Konvensyen Shah Alam, SACC. Hampir 150 pempamer, penerbit dan pembekal buku akan mengisi ruang pameran dengan pelbagai buku-buku menarik, terkini dan sesuai dengan bacaan seisi keluarga.
Majlis dwi Perasmian Hari Ilmu dan Pesta Buku Selangor 2011 ini akan dilangsungkan pada 26 Jun 2011 pada jam 10 pagi di Pusat Konvensyen Shah Alam, SACC. Majlis ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim.
Mengimbas kembali kemeriahan Hari Ilmu pada tahun 2010, Hari Ilmu dan Gerakan Membaca Perdana 2010 disempurnakan oleh Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shsh Alhaj.
Hari Ilmu dan Gerakan Membaca Perdana diadakan sebagai satu inisiatif bagi meneruskan usaha-usaha merangsang dan mempromosikan budaya membaca di kalangan rakyat Selangor. Ia juga merupakan salah satu program 'outreach' perpustakaan secara besar-besaran bersama masyarakat, membudayakan pembacaan di kalangan rakyat, sambil bersantai membaca dimana-mana.
Tema hari tersubut ialah 'Bawa, Baca, Sumbangkan'. Pada hari tersebut para hadirin bersantai sambil membaca bahan bacaan kegemaran masing-masing yang dibawa bersama, serentak disekitar Tasik Shah Alam selama satu jam.
Turut hadir bersama rakyat Selangor ialah DYMM Sultan Selangor dan para pimpinan negeri. Kemuncak dari acara tersebut ialah pengistiharaan oleh Malaysian Book of Record sebagai 'The Largest Outdoor Reading Event' dengan mengumpulkan sebanyak 14,718 peserta berdaftar .
Para peserta yang hadir turut digalakkan untuk menderma bahan bacaan yang dibawa ke dalam peti-peti yang disediakan. Peserta terdiri daripada agensi kerajaan, institusi pendidikan dari pelbagai peringkat, persatuan-persatuan, NGO dan para pengunjung awam bersama-sama keluarga mereka.
No comments:
Post a Comment