Wednesday, June 22, 2011

Kenapa Sekarang Ini Sukar Untuk Memasuki IPTA?

Setiap orang ingin menjejak kaki ke universiti dan impian ini sudah disemai sejak dari sekolah rendah lagi.Tetapi indah khabar dari rupa.Bukan mudah untuk memasuki IPTA sekarang ini kerana persaingan hebat diantara para pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang cemerlang.

Seperti apa yang berlaku baru-baru ini,ramai yang mempersoalkan UPU dimana ramai yang tidak mendapat tempat di IPTA tempatan dan ramai yang mempersoalkan UiTM kenapa menaikan syarat kemasukkan ke UiTM.Menurut Dato Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar di Facebook beliau:-

Ibubapa dtg ke pejabat & persoal kenapa tinggikan syarat. Dia hendak UiTM turunkan agar anak dpt masuk. Pelajar yg dah ada merungut kenapa ambil ramai pelajar, takut mereka tak dpt kolej. Dulu bila UiTm ambil pelajar sederhana kata UiTM kurang std. Sekarang bila UiTM dipilih pelajar cemerlang kata pula UiTM perlu tetapkan utk pelajar sederhana shj. Sangat terkilan sikap org kita yg penting diri dari kemajuan Bangsa.

Cukup syarat tdk jamin tempat. Pengambilan mengikut bilangan yg memohon sesuatu kursus & tempat disediakan. Ada program yg perlu merit yg tinggi & ada yg tidak. Sebab itu pelajar yg ada 6a ggl m’dpt farmasi ttpi ada yg dpt 3a dpt kursus business @ p’tadbiran awam. Semua t’pulang pd kursus yg dipohon. UPU akan tawarkn mengikut kapasiti yg ada di UiTM.

Sumber:Portal Pendidikan Malaysia

Jika dilihat dari kenyataan Dato VC UiTM,terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda tidak ditawarkan ke IPTA antaranya adalah:-

  • Pengambilan mengikut bilangan yg memohon sesuatu kursus & tempat disediakan
  • Tersilap memohon program @ tidak sesuai dengan keputusan SPM
  • Tercicir dari senarai UPU
  • Tersalah mengisi borang @ borang tidak lengkap
  • Dan lain-lain

Begitulah antara beberapa faktor yang menyebabkan korang tidak ditawarkan ke IPTA.Bilangan pelajar lepasan SPM semakin bertambah tetapi bilangan IPTA di Malaysia tidak bertambah.Jadi bagaimana nak menampung pelajar lepasan SPM yang semakin ramai di Malaysia ini.Betul tak?

Langkah yang diambil oleh UiTM untuk terus membuka kampus cawangan adalah amat-amat disokong dan UiTM dibawah pentadbiran Yang Mulia Dato sangatlah bagus dan berkesan untuk membantu pelajar Melayu.Saya sangat teruja dengan sikap prihatin beliau.Saya pernah beberapa kali menghadiri majlis bersama beliau dan pernah sekali meeting dan makan tengahari bersama beliau semasa saya menjadi Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) UiTM Terengganu sesi 2010/2011 yang lepas.

Bagi yang berjaya melangkah ke IPTA,gunalah peluang sebaik-baik mungkin dan jangan sesekali mengsia-siakan peluang yang telah diberikan oleh pihak kementerian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...