Wednesday, June 22, 2011

Maharaja Lawak Akhir: Siapakah Yang Akan Menang?,Jozan @ Sepah?


Hujung minggu nanti adalah penentu siapakah yang akan memenangi Gelaran Maharaja Lawak musim pertama ini.Jika dilihat daripada persembahan minggu-minggu terdahulu,Jozan dan Sepah mempunyai peluang yang lebih besar untuk memenangi gelaran Maharaja Lawak.

Walaubagaimana pun,jangan lupa pula akan kehadiran Nabil dan Jambu di pusingan akhir ini.Semuanya boleh berlaku.Bagi mana-mana pasukan yang membuat persembahan terbaik untuk pusingan ini,maka merekalah yang akan menang.

Jika ditanyakan?,siapa yang akan menang,saya sokong Jozan.Tetapi Sepah tidak boleh dipandang rendah kerana Sepah mempunyai Lawak mereka yang tersendiri,lawak dalam bentuk sketsa.Memang terbaik daripada Sepah.

Jika Jozan berjaya membuat persembahan seperti Minggu ke 11 dahulu,rasanya tiada siapa yang mampu mengatasi penguasaan Jozan.Pasti semua tidak sabar untuk menyaksikan persembahan akhir ini kan?

Antara Jozan,Sepah,Nabil dan Jambu,korang semua meramalkan siapa yang akan digelar Maharaja Lawak musim pertama ini??

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...