Tuesday, June 21, 2011

LAMAN WEB RASMI KERAJAAN NEGERI SELANGOR TERBAIK 2006

LAMAN web rasmi kerajaan negeri Selangor terpilih sebagai laman web rasmi kerajaan terbaik 2006 dalam kajian MDeC melalui Malaysian Government Portals and Website Assessment.Kajian yang dihasilkan MDeC itu adalah berdasarkan Benchmarking And Comparative Study of Malaysia Government Portals and Websites dan Assessment of ICT Readiness Of The State Governments of Malaysia Report.
Laman yang beralamat www.selangor.gov.my itu dibangunkan Pusat ICT Selangor yang berpejabat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Sehinggalah pada tahun lalu, laman web ini ditukar format dan rekabentuknya.
Rentetan daripada aduan dan rungutan pengguna yang mendapati agak sukar untuk mencari maklumat di laman web rasmi sebelumnya, Pusat ICT Selangor mengambil langkah membuat beberapa pembaharuan.Universiti Brown sendiri misalnya, telah memberi komen di dalam kajiannya bertajuk Global E-Government 2006 bahawa Malaysia adalah antara negara yang mempunyai hala tuju dan memberi insentif kepada semua komuniti melalui perkhidmatan kerajaan secara online.

Sebanyak 1055 laman web rasmi kerajaan telah diakses dan terlibat pada tahun 2006 berbanding tahun sebelumnya sebanyak 900.Hasil kajian oleh MDeC ini telah disahkan dan diakui oleh badan penyelidikan antarabangsa seperti United Nations Online Network in Public Administration and Finance (UNPAN) dan Waseda and Brown University.Laman web rasmi 2006 yang diakses oleh MDeC adalah terdiri daripada 420 kementerian, jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan dan 635 dari Kerajaan Negeri.

Pusat ICT Selangor merancang untuk mempertingkatkan lagi kualiti persembahan laman web rasmi kerajaan negeri.Laporan Malaysian Government Portals and Website Assessment 2006 dikeluarkan setelah dipersembahkan di dalam Mesyuarat ke-19 Pelaksanaan MSC (ICM) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.
Bukan sahaja mengekalkan kedudukan dalam dua kategori yang dimenanginya iaitu keseluruhan dan laman web rasmi kerajaan negeri, malah dalam lima kriteria lagi iaitu interaction, insight generation, services, support dan content management.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...