Tuesday, June 21, 2011

LEBUHRAYA LATAR DIJANGKA DIBUKA AKHIR BULAN

IJOK 21 JUN - Ketua Pegawai Operasi KL Kuala Selangor Expresway Berhad (KLSEB), Amran Amir berkataLEBUH RAYA Assam Jawa Taman Rimba (Latar) yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui utara Taman Templer ke Ijok sepanjang 33 kilometer kini 99 peratus siap dan dijangka dibuka selewat-lewatnya akhir bulan ini.
Menurut Amran , lebuh raya bernilai RM958 juta itu menghubungkan pekan di Kuala Selangor, Assam Jawa, Ijok, Batang Berjuntai, Kota Puteri, Puncak Alam, Shah Alam, Bukit Jelutong, Sungai Buloh, Kundang, Rawang untuk ke Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.
“Pembinaan lebuh raya ini dimulakan pada Oktober 2008 dan dengan siapnya pembinaan lebuh raya ini, ia melengkapi 75 peratus sasaran pembinaan Jalan Lingkaran Luar Kuala Lumpur (KLORR) sebagai satu laluan alternatif di Lembah Klang selain Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) yang kini mencapai kapasiti maksimumnya.
“Apabila dibuka, laluan dua lorong sehala Latar dijangka menerima kira-kira 60,000 kenderaan sehari dan purata peningkatan trafik sebanyak lima peratus setahun bagi tempoh 10 tahun akan datang,” katanya pada sidang media ketika melakukan tinjauan awal operasi lebuh raya itu di sini, semalam.
Beliau berkata, Latar turut menghubungi lebuh raya utama lain iaitu Lebuh Raya Guthrie, Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) serta Lebuh Raya Pantai Barat yang akan dibangunkan kelak.
“Perjalanan dari hujung ke hujung Latar mengambil masa 18 minit dengan had kelajuan antara 90 kilometer hingga 110 kilometer sejam. Perjalanan dari Kuala Selangor ke Kuala Lumpur yang selama ini mengambil masa dua jam kini dapat dipendekkan dalam tempoh 45 minit saja,” katanya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...