Tuesday, June 21, 2011

Selangor buru mahkota Liga Super masih terbuka

SELANGOR terus bernyawa untuk menghambat Kelantan sehingga ke garisan penamat kali ini selepas berhempas pulas menewaskan Felda United 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Jelas sekali anak didik K Devan memanfaatkan sepenuh ruang yang ada untuk mengutip tiga mata di laman sendiri buat kali terakhir, musim ini.
Jaringan pembukaan Selangor hadir pada minit ke-23 apabila percubaan rembatan P Gunalan dari luar kotak penalti tepat memasuki gawang gol Felda United yang dijaga Mohd Hamsani Ahmad.
FELDA United menyamakan kedudukan menerusi Azrul Ahmad (m-68). Selangor pula menambah jaringan menerusi Safiq Rahim (m-74)

Di Stadium Sultan Ismail, Terengganu terus menghidupkan peluang bersaing dengan Kelantan dan Selangor merebut kejuaraan Liga Super musim ini selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas T-Team.

Tuan rumah terlebih dulu membuka jaringan menerusi sepakan penalti minit ke-59 yang disempurnakan Abdul Hadi Yahya, namun, T-Team menyamakan kedudukan menerusi Samsul Kamal Mohamad dua minit kemudian dan mendahului menerusi Indra Putra Mahayuddin minit ke-73, sebelum jaringan Md Ailim Fahmi minit ke-74 dan Abdul Manaf Mamat minit ke-86 memastikan kemenangan skuad Penyu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...